Tumpuan dagangan pada penghujung minggu lalu telah terarah kepada terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) bagi bulan Julai yang telah memberi impak ketara terhadap pergerakan mata wang utama khususnya US dolar.
Meneliti laporan, walaupun data pekerjaan ADP yang diterbitkan dua hari sebelumnya adalah memberangsangkan, namun berbeza dengan bacaan NFP yang suram.
Pertambahan pekerjaan di AS pada Julai dicatatkan 187,000, lebih rendah berbanding ramalan 205,000. Angka ini tidak jauh beza daripada bulan sebelumnya iaitu 185,000 yang telah dikemaskini menurun daripada bacaan asal 209,000.
Pun begitu, purata pendapatan kekal di paras 0.4% berbanding jangkaan untuk turun ke 0.3%, sementara kadar pengangguran pula susut ke 3.6% mengatasi ramalan untuk kekal pada 3.6%.
Kesan terhadap laporan yang diterbitkan itu, US dolar alami penyusutan ketara dan memadamkan hampir keseluruhan keuntungan yang diperolehi sepanjang minggu tersebut.
Untuk petunjuk dasar monetari Federal Reserve (Fed) seterusnya, pasaran akan memerhatikan pula terbitan data inflasi AS pada minggu ini.
Dengan penyusutan US dolar itu telah memberi ruang semula kepada mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat.
Mata wang Eropah, Euro dan Pound mulan pamerkan petunjuk awal untuk pergerakan lebih bullish minggu ini selepas kedua-dua bank pusat telah menaikkan kadar faedah masing-masing.
Begitu juga mata wang komoditi seperti dolar Australia dan New Zealand yang sedikit pulih pada dagangan sesi terakhir minggu lalu dengan penyusutan US dolar.
Namun, pelabur akan berhati-hati menantikan data inflasi China pada Rabu yang boleh memberi kesan ke atas Aussie dan Kiwi, selain sentimen pasaran global.
Mata wang dolar Kanada pula alami penyusutan setelah reaksi terhadap laporan pekerjaan Kanada yang diterbitkan bersama NFP AS pada Jumaat.
Bacaan angka pada laporan yang kurang memberangsangkan itu gagal menyokong Loonie yang sebelumnya mendapat kelebihan berikutan kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran.
Sementara itu, dagangan komoditi emas paparkan sedikit pemulihan harga pada penutup sesi terakhir minggu lalu kesan reaksi laporan pekerjaan NFP, yang sebelumnya telah mencecah paras terendah 3 minggu sekitar $1,926 kembali melonjak $20 ke paras $1,946.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.