Selain mesyuarat FOMC, tumpuan juga akan terarah kepada keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) untuk pasaran menilai penetapan dasar monetari semasa sama ada meneruskan pengetatan atau melonggarkan dasar.
Jadi, mata wang Pound dan US dolar akan didagangkan berisiko sepanjang minggu ini sebelum terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) menanti di penghujung minggu.
Pound masih gagal menunjukkan arah pergerakan yang jelas dengan bergerak mendatar sepanjang minggu lalu.
Bacaan data bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan UK yang masih berada di bawah paras 50.0 mata diterbitkan minggu lalu terus mengendurkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara tersebut.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/pasaran-waspada-awal-minggu
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD jika diteliti minggu lalu mendatar dalam julat zon sekitar 100 pips harga.
Zon 1.2400 kekal dilihat menjadi penghalang untuk harga menyambung trend bullish ke paras lebih tinggi, sementara zon RBS (resistance become support) pada 1.23000 masih dilihat sebagai sokongan harga daripada jatuh lebih rendah.
Pergerakan harga yang berlegar di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD juga gagal menampilkan isyarat jelas untuk arah harga selanjutnya.
Oleh itu, pasaran kini menantikan keputusan mesyuarat FOMC dan BOE untuk jangkaan pergerakan harga menjelang dagangan Februari.
Untuk jangkaan bagi kenaikan jika diteruskan, harga yang melepasi zon rintangan pada 1.24000 bakal melanjutkan pendakian lebih tinggi menuju pula 1.25000 sebagai sasaran terhampir.
Mencapai ketinggian tersebut telah mencatatkan paras tertinggi terbaru harga untuk tempoh dagangan 7 bulan.
Namun jika harga gagal melepasi 1.24000, harga berkemungkinan boleh susut semula menuju ke paras sokongan 1.23000 dan menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Jika petunjuk trend bearish lebih jelas, harga bakal menjunam lebih rendah menuju sehingga 1.22000 pula.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG