Menghiasi sesi pasaran Asia hari ini adalah terbitan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) untuk mesyuarat dasar edisi Jun.
Awal bulan ini, bank pusat itu telah membuat kejutan dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.10%.
Menurut laporan minit yang dikeluarkan, para penggubal dasar RBA sebenarnya telah mempertimbangkan sama ada untuk menaikkan kadar atau mengekalkannya tidak berubah.
RBA berpendapat bahawa langkah menaikkan kadar akan memberi keyakinan lebih tinggi untuk inflasi kembali kepada sasaran dalam jangka masa yang munasabah.
Tambahnya lagi, imbangan risiko kepada inflasi telah menunjukkan kecenderungan menaik sejak mesyuarat Mei.
Bagaimanapun, faktor yang kuat untuk menghentikan sementara (pause) mendorong pasaran mengurangkan jangkaan bahawa terdapat dua lagi kenaikan menjelang akhir tahun ini.
Ini diperlihatkan pada penyusutan dagangan dolar Aussie dan hasil bon Australia 3 tahun pada sesi Asia, selain turut terkesan dengan keputusan China untuk menurunkan kadar faedahnya.
Dalam pada itu, Gabenor Philip Lowe berkata keputusan RBA kini dipengaruhi oleh data yang terbukti tidak menentu, dan isu utama adalah inflasi masih tinggi pada sekitar 7% jauh dari sasaran 2-3% bank pusat.
Ramalan RBA menunjukkan inflasi utama tidak akan mencapai puncak sasarannya sehingga pertengahan 2025.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.