“Dekat dunia ada macam-macam jenis orang, ada yang sokong tapi ada yang tak.”
Pengacara Mad Money CNBC, Jim Cramer tetap berasa sangsi dengan prestasi mata wang kripto Bitcoin (BTC) walaupun harganya melepasi paras $26,000 semasa krisis kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank masih belum reda.
Cramer berpandangan sebegitu susulan sifat BTC yang decentralized telah menjadikannya sukar untuk mengawal selia.
Beliau juga berhasrat menjual pegangan BTC dalam tempoh terdekat ini sambil melabel aset digital itu sebagai ‘binatang aneh’ kerana institusi besar dan whales mungkin akan memanipulasi pasaran kripto untuk memihak kepada mereka.
Namun Will Clemente, Co-founder Reflexivity Research berpendapat sebaliknya ekoran beliau berkata bahawa BTC mempunyai potensi sangat besar dan pemegang jangka panjang yang didapati memiliki 73% daripada jumlah bekalan aset digital itu mungkin tidak akan menjualnya.
Kenyataan Clemente agak tepat apabila pelabur dilaporkan telah berpusu-pusu membeli sejumlah BTC dan menjadi punca harganya baru-baru ini meningkat tinggi.
Malah, pelabur yang mula yakin Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kenaikan kadar faedah berikutan kejatuhan kedua-dua bank tersebut turut menjadi punca harga BTC menaik.
Pada masa ini, BTC berjaya melonjak sebanyak 12.74% sepanjang minggu lepas dan harganya berpotensi untuk mendaki lebih tinggi dalam jangka panjang.