“Mungkin sebab dia nampak perkhidmatan ni macam best.”
Jutawan mata wang kripto Justin Sun yang merupakan pengasas Tron (TRX) menghantar ratusan ribu Ethereum (ETH) ke syarikat perkhidmatan staking liquid Lido Finance (LDO).
Dilaporkan bahawa Sun bukan sahaja staking 150,100 ETH bernilai $240 juta pada Lido Finance dalam satu transaksi beberapa hari lalu malah turut staking 200,164 aset digital tersebut yang berharga $327 juta.
Susah sedia maklum beliau telah memegang lebih $50 juta dalam stablecoin Tether (USDT) dan USD Coin (USDC) pada protokol pinjaman decentralized, Aave (AAVE).
Dalam pada itu, harga LDO pada tempoh ini menyusut sebanyak 3.11% pada paras $3.09 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $2 bilion dan berjaya raih sekitar 12.17% sepanjang minggu lepas.
LDO baru-baru ini juga berhasrat mengaktifkan ciri protokol keselamatan digelar Staking Rate Limit yang dapat berfungsi untuk menetapkan rekod aliran masuk harian.
Ciri keselamatan protokol tersebut adalah mekanisme dinamik yang dapat memberi pelbagai manfaat seperti menangani kesan sampingan, antaranya rewards dilution*.
*Kerugian yang dialami oleh pemilik apabila penciptaan unit pemilikan baharu seperti saham atau token
Umum mengetahui bahawa kebanyakan pengguna tidak akan terjejas susulan Staking Rate Limit dapat mengurangkan jumlah stETH boleh mint pada satu-satu masa berdasarkan deposit terkini dan kemudian menambah kapasiti pada setiap blok.