“Tahniah sebab konsisten naik, harapnya lepas ni tembus $30 pula.”
Susulan rangkaian Helium beralih ke Solana (SOL), mata wang kripto itu menyaksikan lonjakan ketara pada minggu ini dengan meningkat melebihi 10% dalam tempoh 24 jam lalu dan hampir 30% sepanjang minggu lepas.
Diperjelaskan lebih terperinci, rangkaian komunikasi wireless decentralized Helium akan beralih sepenuhnya ke blockchain SOL menjelang 27 Mac, di mana blockchain semasa perlu dihentikan.
Sungguhpun tindakan tersebut akan menyebabkan HNT, MOBILE dan IOT dikeluarkan pada rangkaian SOL, Proof-of-Coverage (PoC)* dan aktiviti pemindahan data sama sekali tidak terjejas.
*Mengesahkan bahawa Hotspot terletak di tempat yang dituntut
Rentetan itu, para pengguna haruslah bergerak ke aplikasi Helium Wallet bagi peralihan yang lebih lancar, di mana mereka perlu memastikan Hotspots sentiasa aktif dan online untuk menerima token IOT secara pantas.
Suka dimaklumkan bahawa versi terbaru aplikasi Helium Wallet akan disediakan sejurus selepas peralihan itu selesai.
Sementara pasukan SOL pada awal hari ini menyatakan bahawa peralihan tersebut berkemungkinan selesai pada akhir Q1.
Sehingga setakat ini, harga SOL berada pada paras $26.05 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran sebanyak $9 bilion dan volum dagangannya pula bernilai $1 bilion.