Masih ingat pada Cypark Resources Bhd? Ala, saham yang ‘meroket’ gila-gila bulan lepas.
Hari ini (Khamis), saham itu mengalami penyusutan ketara dalam dagangan aktif pagi ini dengan menjunam lebih 15% kepada 83.5 sen.
Bagaimanapun, kerugian tersebut sedikit berkurang apabila pasaran melangkah masuk ke sesi dagangan petang dengan kerugian 12.18% dicatatkan pada 86 sen (3.00 petang).
Ia merupakan antara saham yang paling aktif didagangkan di bursa dengan 37.01 juta saham diperdagangkan setakat ini.
Dalam dua bulan lalu, Jakel Capital Sdn Bhd dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjadi pemegang saham besar baharu kepada syarikat tenaga boleh diperbaharui itu.
Ekoran daripada itu juga, harga saham Cypark memulakan trend bullish dengan meroket 124.3% daripada penutupan 4 Januari pada 53.5 sen kepada paras tertinggi setahun RM1.20 pada 9 Februari.
Pun begitu, sahamnya kembali kecundang dalam tempoh tiga minggu selanjutnya dengan kejatuhan 27.92% daripada RM1.20 ke sekitar 86 sen hari ini.
Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran? Jom join komuniti kami! ~Klik sini