Macam Mana Saham Cypark Boleh Meletup Gila-gila Tahun Ini?

475

Syarikat tenaga boleh diperbaharui Cypark Resources Bhd pastinya sudah tidak asing lagi di kalangan pelabur tempatan yang telah menyaksikan pertumbuhan pesat harga sahamnya sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Mana taknya, pada bulan lepas sahaja sahamnya telah melonjak sebanyak 83% dan meningkat 182% dalam tempoh enam bulan lalu.

Namun, kenaikan lebih dua kali ganda berlaku pada Januari tanpa disedari menarik perhatian pelabur lebih luas.

Ini susulan langkah Jakel Capital Sdn Bhd, anak syarikat Jakel Group yang membeli 176.65 juta saham dan menjadi pemegang saham tunggal terbesar Cypark dengan pemilikan 27.33% kepentingan.

Ia kemudiannya menarik perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso atau SOCSO) untuk muncul salah satu pemegang saham utama syarikat itu dengan 6.216% pemilikan setakat 9 Februari.

Cypark juga mendapat sokongan daripada projek-projek yang dikendalikannya, di mana yang terbaru syarikat itu berjaya memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk membina dan mengendalikan hospital swasta di atas tanah seluas lima ekar milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Saham itu kali terakhir didagangkan pada harga RM1.19 setakat tengah hari tadi (Jumaat), dengan nilai pasaran RM920 juta. Ia juga berada tidak jauh dari paras tertinggi 52 minggunya pada RM1.23.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat