“Ye la mana tidaknya AS ni asyik bersikap agresif terhadap kripto.”
Chamath Palihapitiya adalah pemodal teroka berpengalaman yang telah melabur dalam syarikat seperti Slack dan Yammer serta merupakan seorang penyokong tegar mata wang kripto Bitcoin (BTC) sejak dahulu lagi.
Beliau yang pernah bekerja di Burger King ketika zaman remajanya juga pernah menjadi eksekutif kanan di syarikat gergasi Facebook.
Semasa berada dalam temu bual baru-baru ini, Palihapitiya berkata bahawa kripto sudah mati di Amerika Syarikat (AS) susulan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Gary Gensler sering menyalahkan aset digital sebagai punca kejatuhan bank.
Walaupun Palihapitiya meluahkan kekecewaannya terhadap keadaan semasa pasaran kripto, beliau sehingga sekarang sungguh percaya dengan potensi BTC dan aset digital lain.
Pun begitu, pertumbuhan masa depan pasaran kripto mungkin terjadi di Eropah ataupun Asia dan bukanlah AS, ulas Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Patrick McHenry yang pernah mengkritik Gensler semasa memberi keterangan di hadapan Kongres.
Tambahnya lagi, SEC yang sering kali mengenakan tindakan terhadap bursa kripto susulah tidak mematuhi undang-undang seharusnya mengetahui bahawa aset digital berpotensi untuk berkembang secara global.
Susulan tindakan agresif oleh SEC itu, kebanyakan bursa kripto seperti Coinbase dan Bittrex berhasrat meninggalkan AS.
Hal ini kerana bursa kripto berikut didapati ingin menyertai dunia perkhidmatan kewangan sejak dahulu lagi, namun mereka masih tidak dapat memastikan pematuhan sepenuhnya jika tiada undang-undang yang jelas berkaitan aset digital.