“Hacker sana sini, sampai bila-bila pun takkan penat susahkan orang lain je.”
Pasukan keselamatan syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance dan Huobi membekukan dan memulihkan semula 121 Bitcoin (BTC) daripada penggodam Harmony One yang merupakan platform berasaskan blockchain decentralized.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance, Changpeng Zhao (CZ) dilaporkan membantu Huobi selepas mendapati penggodam tersebut mencuci dananya melalui syarikat tersebut sebanyak $2.5 juta.
Sebelum Binance dan Huobi mengenalpasti eksploitasi itu, detektif kripto on-chain* yang digelar ZachXBT memaklumkan bahawa penggodam tersebut telah mengalih keluar sekitar 41,000 Ethereum (ETH) bernilai $64 juta pada minggu lepas.
*Urus niaga kripto yang berlaku pada blockchain
Malah, penggodam turut mendepositkan aset digital pada tiga exchanger kripto berlainan selepas selesai memindahkan dana itu.
Terdahulu pada 24 Jun 2022, Harmony diserang oleh penggodam yang telah mengeksploit dana sebanyak $100 juta.
Rentetan itu, Lazarus Group yang merupakan organisasi penggodaman terkenal Korea Utara turut dikenalpasti sebagai suspek di sebalik eksploitasi Harmony bernilai $100 juta telah berkata bahawa cara penggodaman tersebut adalah sama seperti serangan yang pernah terjadi terhadapnya.
Namun, penganalisis tetap yakin Harmony telah digodam oleh Lazarus Group, di mana mereka sasar log masuk pekerja untuk melanggar sistem keselamatan platform itu seterusnya memindahkan aset digital dicuri melalui pencucian wang.