Harga emas melantun dari paras terlemah tiga bulan untuk kembali didagangkan lebih kukuh pada sesi Asia Jumaat.
Ketika penulisan, logam kuning berlegar pada sekitar harga $1,960 per auns, setelah bangkit dari paras terendah $1,925 yang disentuhnya sebelum ini.
Penyusutan ketara dalam hasil bon AS 10 tahun dari paras ketinggian tiga minggunya dilihat antara faktor utama kepada pengukuhan emas.
Dolar Amerika turut susut rendah disebabkan hasil bon yang lemah selain turut terkesan oleh data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang kekal di paras tertinggi sejak Oktober 2021.
Terdahulu, emas telah susut rendah berikutan kenyataan Federal Reserve (Fed) yang menjangkakan akan ada dua lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini.
Walaupun mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada mesyuarat terbaru, tetapi ia tidak bermaksud bank pusat akan menamatkan pengetatannya.
Oleh itu, pelabur kini memberi tumpuan kepada lebih banyak data yang diterbitkan sebagai petunjuk untuk hala tuju dasar Fed seterusnya.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.