“Seriouslah macam tak percaya je boleh naik banyak tu.”
Pembangun utama Terra Classic (LUNC) Pasukan Petugas L1 Bersama (L1TF) yang mencadangkan wallet milik komuniti dilaksanakan telah menyebabkan pelabur aset digital itu optimis harganya bakal mendaki tinggi pada masa hadapan.
Rentetan itu, LUNC berjaya berada pada paras tertingginya pada $0.000096 sebelum menyaksikan penurunan berterusan sehingga $0.000076, bagaimanapun penganalisis tetap menjangkakan harganya akan pulih semula.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa komuniti LUNC termasuk penganalisis semakin yakin dengan aset digital tersebut setelah pembangun didapati berusaha sedaya upaya membawa perubahan ketara kepada rangkaian.
Seorang pakar mata wang kripto bernama Javon Marks berpandangan LUNC berpotensi untuk melonjak sebanyak 400% daripada harga semasanya.
Menurut Mark dalam akaun Twitter miliknya, harga LUNC yang dianalisisnya dalam jangka panjang mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk jadi kenyataan tetapi seluruh pasaran kripto dijangka akan melihat kenaikan menjelang acara halving Bitcoin (BTC) pada suku kedua 2024.
Suka dimaklumkan bahawa lonjakan secara besar-besaran dalam pasaran kripto bukan sahaja dapat mendorong harga LUNC mencanak 387% malah menolaknya dengan lebih cepat dan pantas daripada apa yang pelabur jangkakan.
Modal pasaran LUNC kini bernilai $468 juta dan menduduki tempat ke-82 dalam kalangan aset digital lain, oleh itu lonjakan empat kali ganda dapat meningkatkan kedudukannya secara ketara jika modal pasaran mengalami pertumbuhan lagi.
Sehingga berita ini ditulis, harga LUNC menjunam sebanyak 1.19% dalam tempoh 24 jam lalu dengan volum dagangan $20 juta dan tergelincir sekitar 7.16% sepanjang minggu lepas.