“CZ ni dah tak cukup duit ke sampai nak ambil duit orang lain.”
Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance dilaporkan secara rahsia memiliki akses dana bernilai $400 juta yang dipercayai milik para pengguna Binance US.
Isu berikut boleh memberi impak negatif kepada Binance jika terbukti benar susulan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) sudah mengetatkan peraturan terhadap perkhidmatan penjaga aset digital pengguna.
Berbalik kepada penerangan yang mengatakan eksekutif Binance mempunyai akses rahsia ke akaun bank milik Binance US, syarikat itu didapati memindahkan dana tersebut kepada firma perdagangan diuruskan oleh CZ sendiri.
Selain daripada akaun bank, Binance turut memperoleh pelbagai akses seperti rekod perbankan dan mesej syarikat.
Sebagai rekod, pemindahan dana sebanyak $400 juta melalui akaun Silvergate Bank kepada syarikat perdagangan digelar Merit Peak Ltd yang diuruskan oleh CZ telah dilakukan secara senyap-senyap sejak akhir tahun 2022.
Pun begitu, masih tidak pasti sama ada dana tersebut milik pelanggan Binance US ataupun tidak ditambah pula dengan deposit pengguna Binance disimpan di Silvergate Bank.
Dalam pada itu, syarikat tawarkan perkhidmatan kripto akan lebih sukar menjalankan operasinya selepas SEC melaksanakan pelbagai peraturan yang boleh mengetatkan lagi keperluan kawal selia termasuk garis panduan.