Logam kuning emas terus beredar dalam zon harga yang sama dengan pasaran kini memberi tumpuan kepada penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.
Sesi Asia menyaksikan harga emas didagangkan pada sekitar harga $1,955 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit lebih tinggi pada $1,960 per auns.
Pasaran kini lebih berhati-hati menjelang keluaran data inflasi pengguna AS pada sesi New York yang bakal dijadikan petunjuk kepada hala tuju dasar Federal Reserve (Fed) seterusnya.
Indeks harga pengguna AS dijangka akan terus mereda dengan peningkatan 4.1% pada bulan Mei daripada 4.9% yang dicatatkan pada April.
Majoriti pasaran kini melihat kemungkinan bahawa bank pusat AS akan mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada mesyuarat awal pagi Khamis minggu ini.
Walau bagaimanapun, pasaran juga berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku memandangkan pelabur telah diperlihatkan dengan dua kejutan daripada bank pusat Australia (RBA) dan Kanada (BOC) minggu lalu.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.