Pada bulan Mac, data “New Home Sales” telah mengalami peningkatan yang ketara sebanyak 9.6% sekaligus menjadikan ia rekod data yang tertinggi sejak Mac 2022, yang pada ketika itu FED sedang memulakan langkah untuk menaikkan kadar faedah dimana purata “Mortgage rate” sebanyak 4.2%.
TINJAUAN SARACEN MARKETS
Kami di SARACEN MARKETS menjangkakan bahawa pengeluaran data “New Home Sales” pada bulan April 2023 bakal menunjukkan penurunan.
Masa | Data | Data Tinjauan SARACEN MARKETS | Data Sebelum |
Selasa, 10.00 PM | New Home Sales | 663K | 683K |
Selasa, 10.00 PM | New Home Sales MoM | 3.3% | 9.6% |
Walaupun begitu, penurunan yang dijangka ini bakal menunjukkan kadar jualan tahunan yang diramalkan masih mencapai 663,000 iaitu kekal kukuh. Ini kerana ia melebihi kadar jualan data “New Home Sales” terendah yang pernah dicatatkan pada bulan September 2022 iaitu sebanyak 550,000.
Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI