Semakin menghampiri penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat, pemain pasaran terus mengelakkan diri daripada meletakkan posisi besar sebagai tanda kewaspadaan kepada ‘bahaya’ yang akan tiba.
Pasaran sesi Eropah melihatkan US dolar bergerak mendatar selepas berundur daripada puncak tertinggi bulanannya pada sesi sebelum ini.
Ini disusuli oleh mata wang utama lain, di mana euro didagangkan berlegar di bawah paras harga 1.0600 berbanding greenback
Terbitan data NFP AS malam ini bakal menjadi penentu kepada pergerakan pasaran selanjutnya, khususnya raja mata wang USD.
NFP dijangka mencatat pertambahan lebih perlahan pada bulan Februari dengan kenaikan sebanyak 224,000 pekerjaan daripada 517,000 sebelumnya, manakala kadar pengangguran pula tidak berubah pada 3.4%.
Menjejaki pergerakan mata wang lebih meluas, pound sedikit meningkat selepas mendapat sokongan daripada bacaan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK yang lebih kukuh pada bulan Januari.
Di samping itu, yen melemah setelah Bank of Japan (BOJ) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada mesyuarat polisi terakhir yang dipengerusikan oleh Gabenor Haruhiko Kuroda.
Beralih kepada mata wang antipodean, dolar Aussie dan New Zealand terus berkeliaran di sekitar paras terendah 4 bulan berbanding US dolar di tengah-tengah ketiadaan pemangkin utama untuk merangsang kedua-dua mata wang itu.
Dolar Kanada pula kekal suram pada paras terlemah 5 bulan, ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang keluaran data pekerjaan Kanada pada sesi New York.
Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.