Ekonomi UK Beri Kejutan, Ini Reaksi Pound!

338

Ekonomi UK berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada bulan Januari, sekali gus membawa kelegaan buat bank pusat daripada risiko kemelesetan berpanjangan.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK meningkat 0.3% daripada penguncupan 0.5% pada bulan Disember dan melebihi jangkaan untuk pertumbuhan 0.1%, menurut data yang dikeluarkan Pejabat Perangkaan Negara (ONS).

Ini secara tidak langsung memberi harapan kepada Bank of England (BOE) bahawa ekonomi boleh mengelak daripada terjerumus ke dalam kemelesetan yang berlarutan atau tidak mengalaminya sama sekali.

Antara penyumbang utama kepada pengukuhan ini adalah peningkatan dalam sektor perkhidmatan yang melonjak 0.5% susulan kejatuhan 0.8% pada bulan sebelumnya.

Walaupun perkhidmatan bertambah baik, pembuatan menyusut jatuh sebanyak 0.4% dengan lebih separuh daripada subsektornya merosot dan pembinaan juga jatuh mendadak sebanyak 1.7%.

Pelabur seterusnya akan memerhatikan bacaan data pekerjaan UK pada minggu depan dan inflasi dalam dua minggu lagi sebelum keputusan polisi bulan ini oleh BOE pada 23 Mac.

Pemain pasaran kini menjangkakan BOE akan menaikkan kadar faedah sebanyak 100 mata asas lagi kepada 5% menjelang akhir tahun.

Reaksi awal mata wang pound melihatkannya sedikit meningkat pada sekitar harga 1.1950 berbanding dolar greenback.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat