Minyak mentah didagangkan stabil pada hari Isnin ketika tumpuan pelabur kini beralih kepada penerbitan data ekonomi China.
Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan sedikit berubah pada sekitar harga $86 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula berlegar pada $82 setong.
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang akan diterbitkan pada hari Selasa bakal menunjukkan tahap pertumbuhan ekonomi China pada suku pertama selepas sekatan Covid-19 dihapuskan.
Pelabur akan meneliti bagaimana pemulihan di ekonomi gergasi kedua dunia itu bakal memacu permintaan minyak mentah pada tahun ini.
Minggu lalu, laporan daripada Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mendedahkan bahawa permintaan untuk 2023 dijangka meningkat sebanyak 101.9 juta tong sehari, 2 juta tong lebih tinggi daripada tahun lepas.
Namun, IEA memberi amaran pengurangan pengeluaran OPEC berisiko memburukkan lagi defisit bekalan minyak pada separuh kedua serta menjejaskan pengguna dan pemulihan ekonomi global ekoran kenaikan harga yang tinggi.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.