- China buka semula sempadan
- Sentimen pasaran bertambah baik
- Beberapa negara laksanakan peraturan untuk pelancong China
Pembukaan semula sempadan di China telah memberi sokongan untuk minyak mentah didagangkan positif pada awal minggu.
Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 1.1% pada sesi Asia dengan diniagakan pada sekitar harga $79 setong. Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok 1.2% kepada $74 setong.
8 Januari menjadi tarikh permulaan buat rakyat-rakyat China untuk keluar dari negara itu setelah 3 tahun terkurung akibat peraturan ketat Covid-19.
Ekoran itu, ia telah meningkatkan prospek untuk permintaan bahan api dari salah satu pengguna utama minyak dunia itu.
Pun begitu, pergerakan harga yang dipaparkan dagangan komoditi hitam dilihat tidak ketara memandangkan masih terdapat beberapa kebimbangan.
Walaupun China telah membuka semula sempadannya, tetapi terdapat negara yang menetapkan peraturan untuk kemasukan pelancong dari negara itu sebagai tanda berhati-hati dari penyebaran baru wabak.
Ini dilihat mungkin akan membataskan pemulihan yang lebih kukuh di ekonomi gergasi kedua dunia itu.