Pergerakan tidak dijangka emas menyebabkan pelabur terkedu walaupun telah diperlihatkan dengan data inflasi Amerika Syarikat yang menurun ketara pada bulan Mei.
Logam kuning itu didagangkan lemah pada sesi Asia pada sekitar harga $1,946 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $1,960 per auns.
Terdahulu, sebaik sahaja data inflasi dikeluarkan, harga emas melonjak tinggi ke paras $1,970 sebelum menjunam lebih rendah ke sekitar harga $1,940 tidak lama selepas itu.
Kejatuhan ini disebabkan oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang melonjak tinggi ke paras tertinggi tiga minggu pada 3.845%.
Ini mengakibatkan emas gagal memanfaatkan peluang untuk mengukuh susulan data indeks harga pengguna (CPI) AS yang menurun ke paras terendah dua tahun kepada 4.0% pada bulan lepas daripada 4.9%.
Susulan itu juga, pelabur menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat dasarnya pada awal pagi Khamis nanti.
Secara keseluruhannya, harga emas kekal bergerak dalam julat dagangan antara $1,930 hingga $1,980 sejak tiga minggu lepas.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.