“Akhirnya Musk baru buat tindakan, kalau tak senyap je.”
Bakal menjana pendapatan tambahan, jutawan Elon Musk yang berjaya memperoleh platform media sosial Twitter berada dalam proses memohon lesen negeri di Amerika Syarikat (AS) untuk menggunakan mata wang kripto sebagai pembayaran di Twitter.
Menerusi perancangan Musk, beliau ingin membenarkan para pengguna memindah atau mengeluar dana mereka melalui platform tersebut.
Selain itu, Musk turut berhasrat untuk menawarkan high-yield money market account* yang dapat menggalakkan pengguna memindahkan wang tunai masing-masing ke Twitter secara mudah.
*Membayar kadar faedah yang jauh lebih tinggi, tetapi mempunyai had pemindahan dan sedikit, jika ada, akaun membenarkan individu membelanjakan wang secara langsung
Dilaporkan bahawa platform itu kini bersedia mengaplikasikan Bitcoin (BTC) melalui Lightning network termasuk avatar Ethereum (ETH) dan non-fungible token (NFT) untuk pelanggan “Twitter Blue” setelah sekian lama pengguna menunggu Twitter menyokong pembayaran aset digital.
Terdahulu selepas Musk membeli Twitter pada harga $44 bilion, kebanyakan syarikat blockchain seperti Binance telah menyumbang sejumlah dana agar platform itu dapat melaksanakan pembayaran aset digital.
Baru-baru ini, Musk melantik Esther Crawford untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk bahagian pembayaran dengan menjangkakan perniagaannya akan memperoleh keuntungan $1.3 bilion menjelang tahun 2028.
Suka dimaklumkan juga bahawa harga Dogecoin (DOGE) berjaya melihat lonjakan harga melepasi paras $0.09288 sejurus selepas berlakunya pengumuman oleh Musk tentang pembayaran kripto itu.