Setelah setahun berlalu, Amerika Syarikat akhirnya menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas barangan import dari pembuat sarung getah Malaysia YTY Industry Holdings Sdn Bhd.
Untuk rekod, produk buatan YTY telah diharamkan oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS pada Januari 2022 atas dakwaan syarikat tersebut mengamalkan buruh paksa.
Dalam kenyataan terbaharu pada hari Khamis, CBP mengatakan syarikat itu telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi isu tersebut.
Ia termasuk langkah membayar balik pekerja asing untuk yuran pengambilan kerja yang dibayar mereka serta menugaskan audit sosial bebas.
Ekoran langkah tersebut, agensi yang berpangkalan di Washington itu menilai bahawa YTY Group telah bebas daripada dakwaan amalan buruh paksa.
YTY bukan satu-satunya syarikat pembuat sarung tangan yang disekat oleh Amerika susulan isu buruh paksa, di mana Supermax Corp Bhd dan Smart Glove turut terkesan dengan dakwaan tersebut.