“Harapnya harga BTC bersemangat untuk naik semula, jangan tiba-tiba jatuh terjelepok pula.”
Setelah berlegar-legar di bawah paras $42,000, ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya membuka minggu dagangan lebih tinggi sedikit apabila harganya bangkit semula bagi menembusi $43,000.
Menerusi pemerhatian, terdapat $103.5 juta dalam liquidations niaga hadapan dijejaki token dalam masa 12 jam lalu, di mana $95 juta adalah long atau pertaruhan harga lebih tinggi manakala $33 juta dalam positions BTC telah liquidated dan $29 juta positions BTC yang long.
Menurut Lucy Hu, Penganalisis Senior Metalpha berpangkalan di Hong Kong berkata pasaran lebih luas terus bertahan agak baik walaupun Ledger digodam baru-baru ini ditambah pula terdapat pemotongan kadar faedah.
Tambahnya lagi, penggodam Ledger secara besar-besaran telah menimbulkan beberapa sentimen dalam ruang DeFi dan menimbulkan persoalan penting tentang keselamatan wallet, tetapi peningkatan BTC Ordinals berjaya menyemarakkan semangat untuk miners aset digital itu.
Oleh demikian, beliau menjangkakan akan terdapat momentum pertumbuhan jangka panjang untuk BTC susulan ramalan akhir bagi tahun 2024 sehingga 2025 masih kekal optimistik.
Dalam laporan akhir baru-baru ini, Woo Network berpandangan BTC bakal menyasarkan $75,000 pada awal tahun 2024 sementara Bitwise turut mempunyai jangkaan sama dengan meramalkan harganya akan berdagang melebihi $80,000.
Selain menjangkakan hasil Coinbase akan berganda dengan mengatasi jangkaan Wall Street sekurang-kurangnya 10 kali ganda, Bitwise juga berkata spot BTC ETF yang mungkin diluluskan tidak lama lagi boleh mendorong seluruh pasaran kripto untuk bullish.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 5.29% pada paras $43,281 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $847 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 4.11% sepanjang minggu lepas.