Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD akhirnya dilihat telah tergelincir keluar dari zon mendatar dalam julat 100 pips 1.27000-1.26000 sebelum ini.
Harga yang meneruskan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut telah menembusi paras sokongan 1.26000 dan mencecah paras terendah terbaru sekitar 1.25500 di penghujung sesi New York.
Situasi ini didorong oleh pengukuhan US dolar yang masih berjaya dikekalkan hingga semalam walaupun data pekerjaan ADP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan angka yang suram.
Pelabur walau bagaimanapun kekal berhati-hati menjelang risiko yang lebih besar iaitu laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat.
Penganalisis memberi amaran bacaan laporan yang lemah berikutan pasaran buruh AS ketika ini dilihat semakin dihimpit tekanan ketika bank pusat terus mengekalkan langkah pengetatan dasar monetari.
Pergerakan harga GBP/USD dilihat masih menunjukkan trend bearish yang bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika momentum dikekalkan, harga dilihat akan menyambung lagi penurunan menuju sasaran pada 1.25000 dan berkemungkinan bakal ada reaksi menarik dipaparkan di sekitar tersebut.
Jika harga tembus lebih rendah, trend bearish akan diteruskan dengan sasaran beralih pula ke paras tumpuan berikutnya pada 1.24000.
Namun, jika situasi berubah menyaksikan lonjakan semula harga, rintangan adalah pada paras 1.26000 dan juga MA50 untuk diatasi sebelum memberi petunjuk untuk perubahan arah.
Kenaikan yang diteruskan semula akan menjangkakan paras 1.27000 menjadi sasaran untuk diuji yang masih menjadi rintangan kental gagal ditembusi minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG