“Hmm rupanya harga XRP jatuh sebab Binance la ni?”
Bursa mata wang kripto terbesar di dunia Binance diasaskan oleh Changpeng Zhao (CZ) tanpa melengahkan masa bakal bertindak menyahsenarai sedozen liquidity pools pada 17 Oktober 2023 daripada Binance Liquid Swap.
Antara pasangan dagangan yang akan terjejas adalah XRP/BUSD, MANA/BUSD, OP/BUSD, BEL/USDT, FTM/BUSD, FUN/USDT, GMT/BNB, GMT/ETH, HFT/USDT, IDEX/USDT, LEVER/USDT termasuk MAGIC/BTC.
Memang tidak dinafikan Binance tidak memberi sebab jelas berkenaan mengapa mereka bertindak sedemikian, tetapi pasukannya meninjau secara berkala liquidity pools tersenarai untuk mengurangkan slippage dan menyediakan pengguna dengan harga transaksi lebih baik.
Bursa kripto tersebut turut memberi jaminan bahawa pelanggan yang terkesan akan menerima secara automatik aset digital didepositkan dalam wallet Spot mereka pada 17 Oktober 2023.
Kemudian, Binance juga menegaskan pengalihan keluar liquidity pools sama sekali tidak akan memberi kesan kepada dagangan pasangan di Binance Spot.
Namun perlu diketahui penyahsenaraian terbaharu oleh Binance adalah salah satu sebab harga XRP terus menjunam ke paras terendah bulanan pada $0.48, iaitu penurunan ketara berbanding $0.55 yang dicapai minggu lepas disebabkan kemenangan kedua XRP menentang SEC.
Pada awal bulan ini, Binance telah mengalih keluar 19 pasangan dagangan, antaranya adalah ANKR/BUSD, DATA/BUSD, 1INCH/BUSD, POLYX/BUSD, RARE/BUSD, SLP/BUSD, SUSHI/BUSD dan banyak lagi.
Perlu dinyatakan juga bahawa semua penyahsenaraian itu adalah daripada pasangan dagangan BUSD dan bursa kripto tersebut akan menghentikan sokongan untuk stablecoin pada awal tahun depan.