Emas tersekat pada sekitar harga yang sama ketika pelabur menunggu terbitan minit mesyuarat FOMC untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai hala tuju Federal Reserve (Fed).
Sesi Asia menyaksikan logam kuning itu berlegar pada paras harga $1,923 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,931 per auns.
Data terkini menunjukkan bahawa sektor pembuatan Amerika Syarikat terus menguncup pada bulan Jun dengan bacaan terendah hampir tiga tahun.
Malah, ukuran inflasi yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) turut menunjukkan inflasi Amerika Syarikat semakin mereda.
Namun, Pengerusi Fed Jerome Powell terus mengulangi kenyataannya mengenai kemungkinan bahawa kadar faedah akan dinaikkan lagi untuk menurunkan inflasi ke sasaran 2% bank pusat.
Bagaimanapun, ada beberapa data lagi yang perlu diperhatikan oleh pelabur pada minggu ini selain minit FOMC, terutamanya laporan pekerjaan NFP AS.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.