Terkini, Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sebanyak 0.45% kepada $112.8 bilion (RM522.49 bilion) setakat 15 Disember 2023 berbanding $112.3 bilion dua minggu lepas.
Paras simpanan itu sangat memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan merupakan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Dalam satu kenyataan Bank Negara hari ini, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing ($100.7 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa ($1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas ($2.3 bilion), emas (2.3 bilion) dan aset rizab lain ($2.8 bilion)
Sementara itu, jumlah aset pula adalah bernilai RM638.65 bilion. Ia terdiri daripada emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM529.64 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.17 bilion), hartanah (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM67.69 bilion).
BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM185.13 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.68 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM181 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.11 bilion), deposit lain (RM39.1 bilion), kertas Bank Negara (RM33.74 bilion). Peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.93 bilion).