“Kesiannya, LUNC pun dah terdesak sangat ni perlukan pertolongan Binance.”
Sebelum menjunam semula, mata wang kripto Terra Classic (LUNC) sepanjang minggu lalu berjaya mendaki hingga ke paras tertinggi $0.0001870 apabila terdapat peningkatan kadar pembakaran oleh komunitinya.
Selain daripada pembakaran LUNC, validator* LUNC DAO turut berkongsi salah satu kaedah lain yang berpotensi untuk meningkatkan lagi harga aset digital tersebut pada masa hadapan.
*entiti yang bertanggungjawab untuk mengesahkan transaksi pada blockchain
Menurutnya, LUNC mungkin akan mendaki tinggi jika syarikat exchanger kripto Binance mengeluarkan kenyataan tentang LUNA ataupun USTC yang berunsurkan positif.
Hal ini berikutan kerana Binance sebelum ini memberi amaran kepada para pelabur LUNC selepas mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap co-founder Terra, Daniel Shin dan menjatuhkan tuduhan jenayah terhadap pengasasnya, Do Kwon.
Sementara bursa centralized yang memberhentikan pengeluaran dana pada rangkaian Terra pada 10 Mei turut menjadi penyebab harga LUNC terkesan.
Rentetan itu, komuniti Terra berpandangan Binance mampu menarik lebih ramai pelabur membeli sejumlah besar aset digital tersebut jika syarikatnya menarik balik tanda amaran berikut.
Setakat penulisan ini, harga LUNC kini menyusut sedikit berlegar pada zon $0.0001632 dalam tempoh 24 jam terakhir berbanding sebelum ini raih sebanyak 6%.