Pelabur berwaspada dengan perubahan corak pergerakan harga yang berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD yang dipengaruhi oleh reaksi terhadap mata wang US dolar.
Faktor aktiviti pengambilan untung oleh para pemain pasaran dilihat mengubah arah pergerakan US dolar pada penutup dagangan November semalam.
Walaupun data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan suram pada sesi New York, US dolar kekal paparkan pengukuhan pada sesi terakhir tersebut.
Justeru, harga telah paparkan penurunan harian sekitar 100 pips pada carta GBP/USD menghampiri paras tumpuan pada 1.26000.
Penurunan tersebut menyusuli pergerakan mendatar harga di zon 1.27000 ketika kenaikan harga sebelum ini gagal menembusi rintangan tersebut.
Isyarat awal perubahan trend bearish dinilai pelabur apabila harga mula jatuh di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.
Pergerakan harga bersambung pada hari ini (Jumaat) perlahan di pertengahan julat harga antara 1.27000 hingga 1.26000.
Pelabur kekal berhat-hati pada dagangan pembukaan Disember hari ini yang juga menjadi penutup untuk dagangan minggu ini.
Sekiranya corak penurunan diteruskan, harga bakal susut lebih rendah melepasi paras 1.26000 sebelum pamerkan pergerakan bearish yang lebih jelas.
Paras sasaran seterusnya adalah pada 1.25000 jika penurunan harga masih dilanjutkan.
Sementara, jika kenaikan dipamerkan semula selepas ini, harga bakal menguji kembali paras rintangan 1.27000 yang menjadi penghalang kenaikan sebelum ini.
Jika akhirnya harga berjaya atasinya, paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan dengan potensi paras dicapai lebih tinggi pada 1.28000 atau 1.29000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG