Logam berharga emas didagangkan stabil pada hari Rabu selepas berlaku turun naik yang tidak menentu pada sesi sebelumnya.
Ketika sesi Asia, emas diniagakan berlegar pada sekitar harga $1,900 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,929 per auns.
Harga emas mempamerkan pergerakan yang tidak menentu pada Selasa, dengan meningkat tinggi pada $1,903 sebelum susut semula pada $1,889 per auns.
Indeks dolar berlegar pada sekitar paras tertinggi dua bulan, manakala hasil bon AS 10 tahun berhenti membuat kenaikan selepas mencapai paras terkuat 16 tahun.
Hal ini secara tidak langsung memberi sedikit ruang buat logam kuning mencari sokongan untuk sedikit meningkat dari paras terendahnya.
Simposium tahunan di Jackson Hole menjelang akhir minggu ini akan dipantau oleh pelabur untuk sebarang petunjuk tentang sejauh mana kadar faedah Federal Reserve (Fed) boleh meningkat.
Sementara itu dalam kenyataan terbaharu pada Selasa, Presiden Fed Richmond, Thomas Barkin berkata bahawa bank pusat perlu mencapai sasaran 2% untuk memastikan kredibilitinya.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.