“Adakah syarikat mining ini akan jadi mangsa bankrap seterusnya selepas Core Scientific?”
Hakim Mahkamah Agung Negeri mengarahkan syarikat mining Bitcoin (BTC) Amerika Utara, US Bitcoin Corp untuk menghentikan operasi mereka jika tidak ingin berdepan penalti $10,000 yang akan meningkat $25,000 setiap hari sekiranya masih enggan berbuat demikian.
Hakim Edward Pace mengambil tindakan sedemikian selepas Hakim Mahkamah Agung Frank Sedita lll mengeluarkan perintah sekatan sementara terhadap syarikat tersebut pada 1 Disember 2022.
Kehakiman itu telah berusaha untuk menghentikan syarikat itu dengan mengenakan sekatan kemudahan mining dan memaksa mereka mematuhi undang-undang pengezonan*.
*Proses membahagikan tanah dalam sesebuah perbandaran menjadi zon (contohnya perumahan atau perindustrian) di mana penggunaan tanah yang tertentu dibenarkan atau dilarang.
Sementara itu, peguam syarikat, John P. Bartolomei membantah keputusan Pace yang ingin menggandakan denda $25,000 seandainya US Bitcoin Corp tetap meneruskan operasi mereka walaupun selepas tarikh 31 Januari 2023.
Menurut kenyataan Pace lagi, cek mengenai denda tersebut akan dihantar ke bandar Niagara Falls pada 1 Februari dengan bayaran sebanyak $540,000 yang merangkumi penalti $10,000 setiap hari dari 9 Disember hingga 31 Januari.
Terdahulu pada bulan November, Kathy Hochul, gabenor negeri menandatangani moratorium yang bertujuan mengurangkan mining BTC melalui penamatan penggunaan api fosil bagi melengkapi matlamat pembangunan ekonomi.
Dalam pada itu, Datuk Bandar New York City Eric Adams juga menentang mining BTC dengan menggesa gabenor tersebut menggubal rang undang-undang mengharamkan aktiviti mining berasaskan bahan api fosil.