“Nak kesian tapi syarikat lain pun terkesan semasa pasaran kripto jatuh.”
Syarikat konglomerat mata wang kripto, Digital Currency Group (DCG) dilaporkan telah rugi sebanyak $1.1 bilion selepas bergelut dengan kejatuhan harga aset digital dan penstrukturan semula platform pinjaman Genesis.
Menurut DCG dalam laporan pelaburan suku keempatnya, Bitcoin (BTC) termasuk kripto lain didapati mengalami penurunan harga secara drastik apabila Genesis memfailkan tuntutan $1.2 bilion terhadap Three Arrows Capital (TAC).
Dilaporkan bahawa DCG secara keseluruhannya memiliki aset sebanyak $5.3 bilion, di mana tunai dan setara tunai adalah $262 juta sementara aset pelaburan, token, saham amanah* Grayscale, pelaburan teroka termasuk dana berjumlah $670 juta.
*Institusi pelaburan ditubuhkan khas untuk mengumpul dana daripada pelabur yang bermodal kecil tetapi berminat untuk melabur dalam pasaran saham dan ekuiti
Manakala selebihnya terdiri daripada aset yang dipegang oleh bahagian Grayscale dan Foundry, ulas jurucakap DCG sambil menambah pendapatan Q4 mereka ialah $143 juta dengan kerugian sekitar $24 juta.
Dalam pada itu, DCG mempunyai penilaian ekuiti $2.2 bilion atau harga sesaham $27.93 yang secara amnya menurun sebanyak 75% hingga 85%.
Sungguhpun tahun lepas menghadapi cabaran, syarikat tersebut berjaya mencapai kejayaannya dalam menstruktur semula Genesis yang merupakan anak syarikat DCG.
Penstrukturan semula bernilai $1.1 bilion oleh DCG akan dikeluarkan pada 2032 sebagai pertukaran kepada pemiutang Genesis Capital.
Umum mengetahui bahawa rundingan dokumen urus niaga dan mendapatkan undi untuk pelan penyusunan semula dijangka mengambil masa beberapa bulan.