Logam kuning emas memanfaatkan peluang daripada kemerosotan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun untuk meningkat ke paras tertinggi dua minggu.
Pada sesi Asia, emas didagangkan lebih kukuh pada sekitar harga $1,933 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,954 per auns.
US dolar sedikit susut pada awal minggu, sekali gus memberi peluang buat logam berharga itu untuk meningkat menjelang acara penting minggu ini.
Pelabur dilihat lebih berwaspada menjelang mesyuarat FOMC yang akan berlangsung minggu ini, yang dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah.
Bagaimanapun, persoalan mengenai kadar akan kekal tidak berubah sehingga akhir tahun ini akan dijawab oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dalam kenyataan susulannya.
Dalam pada itu, kebimbangan terhadap penutupan kerajaan atau ‘government shutdown’ di Amerika Syarikat pada 1 Oktober 2023 kembali menghantui pasaran.
Hal ini kerana, Kongres masih gagal meluluskan 12 rang undang-undang peruntukan yang membiayai operasi kerajaan sebelum permulaan tahun fiskal baharu.
Sekiranya mereka gagal meluluskannya, ia akan menyebabkan berjuta-juta pekerja sektor awam tidak dibayar dan mengakibatkan berlakunya penutupan kerajaan sekali gus mengganggu keseluruhan sektor ekonomi di AS.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.