Emas terus melemah ke paras terendah baharu satu bulan dan ditetapkan untuk mencatat kerugian minggu kedua berturut-turut.
Sesi Asia memperlihatkan logam kuning itu diniagakan merosot pada sekitar harga $1,855 per auns, manakala niaga hadapan emas pula susut kepada $1,866 per auns.
Penyusutan ini dikaitkan dengan dagangan US dolar yang lebih kukuh dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang menokok di paras tertinggi 5 minggu.
Harga emas berundur dari puncak tertinggi 9 bulan selepas dilemahkan oleh bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih kukuh pada bulan Januari.
Laporan itu menghapuskan semua keuntungan emas yang dicatatkan selepas keputusan mesyuarat polisi FOMC dan kenyataan Federal Reserve (Fed) yang dovish.
Pelabur kini tersepit di tengah-tengah ketidakpastian sama ada Fed akan terus menaikkan kadar faedahnya berikutan data NFP baru-baru ini.
Data inflasi AS yang akan dikeluarkan pada Selasa minggu depan akan dijadikan pemacu seterusnya kepada jangkaan pelabur terhadap hala tuju dasar Fed.