Sebelum data inflasi Amerika Syarikat dikeluarkan minggu ini, pelabur terlebih dahulu diperlihatkan dengan data inflasi dari ekonomi gergasi kedua dunia, China.
Mengecewakan, indeks harga pengguna (CPI) China mencatatkan bacaan sifar atau tidak berubah pada bulan Jun, menandakan kadar paling lemah sejak harga jatuh pada Februari 2021.
Inflasi teras, yang tidak termasuk kos makanan dan tenaga pula perlahan kepada 0.4% pada bulan lepas daripada 0.6% yang dicatatkan pada bulan Mei.
Lebih mendukacitakan pelabur adalah harga pengeluar (PPI) atau factory-gate price jatuh lebih jauh ke paras terendah tujuh tahun dengan jatuh 5.4% daripada tahun sebelumnya.
Kedua-dua indikator menambah bukti bahawa pemulihan di China semakin lemah, di mana kebimbangan terhadap deflasi mempengaruhi keyakinan.
Ia juga akan mendorong lebih banyak spekulasi tentang kemungkinan rangsangan oleh pihak berkuasa untuk memajukan pemulihan ekonomi.
Susulan daripada data yang lemah itu, mata wang komoditi diperdagangan lebih rendah pada sesi Asia hari ini.
Dolar Aussie dan New Zealand masing-masing didagangkan susut kira-kira 0.4% berbanding greenback untuk didagangkan sekitar harga 0.6665 dan 0.6185 pada waktu penulisan.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.