Pergerakan pasaran dijangka perlahan pada pembukaan dagangan awal minggu ini dengan bank bercuti di Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Namun, pelabur telah pun menyaksikan US dolar sambung menyusut di awal sesi Asia bermula yang meneruskan corak pergerakan minggu lalu.
Selepas data pekerjaan NFP, US dolar terus menyambung penyusutan didorong pula terbitan data inflasi AS yang turut menurun.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/bye-usd-hello-yen
Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah memaparkan corak pergerakan bullish dengan harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sepanjang minggu lalu.
Selepas mencapai paras ketinggian sekitar 1.08600, harga sedikit berundur pada dagangan penghujung minggu lalu dan singgah di paras 1.08000 yang menjadi paras sokongan semasa buat harga.
Pembukaan pasaran awal minggu ini di sesi Asia terus menyaksikan harga menyambung kenaikan melepasi paras ketinggian dicapai minggu lalu dan menuju ke zon tumpuan 1.09000.
Kenaikan yang dipamerkan itu telah mencatatkan paras tertinggi terbaru harga untuk tempoh 9 bulan, iaitu tertinggi sejak April 2022 lalu.
Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan jika melepasi rintangan 1.09000 sebelum mensasarkan pada sekitar 1.10000 pula.
Namun, jika berlaku perubahan arah harga semula, harga yang membuat penurunan dilihat akan kembali menguji paras sokongan pada 1.08000.
Jika ditembusi, pelabur akan berwaspada sebagai isyarat awal perubahan trend dan memantau faktor-faktor yang boleh menyokong pengukuhan semula US dolar.
Penurunan yang dilanjutkan akan kembali menuju sekitar 1.07000 atau lebih rendah lagi pada 1.06000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG