Ekonomi Kanada dilihat mengalami sedikit kemelut pada suku kedua, dengan pelaburan dalam sektor perumahan terus merosot, terutamanya disebabkan penurunan dalam pembinaan baru.
Jabatan tatistik Kanada melaporkan bahawa ekonomi menyusut pada kadar tahunan sebanyak 0.2 peratus pada suku kedua. Agensi itu juga mengubah bacaan pertumbuhan pada suku pertama kepada kadar tahunan sebanyak 2.6 peratus, menurun daripada 3.1 peratus.
Penurunan pada suku kedua berlaku apabila pelaburan dalam sektor perumahan merosot sebanyak 2.1 peratus, dengan penurunan selama lima suku berterusan. Pembinaan baru merosot sebanyak 8.2 peratus pada suku itu, manakala belanjaan dalam kerja-kerja renovasi juga turun 4.3 peratus.
Laporan ini datang menjelang keputusan kadar faedah terkini Bank of Canada, yang dijadualkan dikeluarkan pada hari Rabu.
US dolar mengukuh berbanding mata wang Kanada sebanyak 0.24% kepada paras dagangan 1.3541 selepas data GDP Kanada dikeluarkan.