Seperti yang dijangkakan penganalisis, harga pada carta AUD/USD semakin menunjukkan penurunan setelah gagal meneruskan kenaikan pada awal minggu.
Ketika US dolar melemah di awal minggu, dolar Australia gagal memanfaatkan peluang untuk meningkat ketika tumpuan terarah pada data inflasi Australia yang dijangka menurun.
Setelah diteliti pada terbitan data di sesi Asia sebentar tadi, bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) Australia untuk bulan Mac mencatatkan angka 6.3% lebih rendah daripada jangkaan 6.5%, dan semakin menurun daripada bulan sebelum ini pada 6.8%.
Situasi ini dilihat semakin selari dengan pelaksanaan Reserve Bank of Australia (RBA) yang telah mula menghentikan pengetatan dasar monetari mereka sebelum ini.
Justeru, dolar Australia dilihat lebih cenderung untuk alami penyusutan lanjut pada nilai dagangannya.
Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta AUD/USD di sesi Asia yang menyambung penurunan lebih rendah menyusuli penurunan harian 80 pips semalam.
Setelah mencecah paras 0.66200 di sesi New York semalam, harga meneruskan lagi penurunan melepasi paras tersebut susulan reaksi data inflasi yang diterbitkan.
Penurunan dijangka akan diteruskan lagi menuju zon tumpuan pada 0.65700-0.65400 untuk merekodkan paras terendah terbaru 5 bulan.
Namun jika berlaku semula lonjakan harga, kenaikan dilihat akan menguji rintangan terhampir sekitar 0.66500 sebelum ke paras penting 0.67000 semula.
Jika halangan-halangan berikut telah berjaya dilepasi, barulah pelabur akan lebih optimis semula menjangkakan kenaikan harga akan diteruskan ke paras lebih tinggi.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG