Inflasi Australia Turun Lagi! RBA Tarik Nafas Lega

266

Reserve Bank of Australia (RBA) mungkin sudah boleh menarik nafas lega selepas diperlihatkan dengan bacaan terbaru dalam data inflasi Australia.

Sesi Asia hari ini dihiasi oleh terbitan data inflasi yang menunjukkan tekanan harga di negara kanggaru itu semakin menurun dari paras tertinggi 33 tahun pada suku pertama.

Indeks harga pengguna (CPI) Australia meningkat 1.4% pada suku pertama, sedikit lebih tinggi daripada jangkaan 1.3% tetapi berkurang daripada 1.9% yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Sementara pada asas tahunan pula, CPI tanpa dijangka menunjukkan penurunan kepada 6.3% tahun ke tahun pada bulan Mac berbanding catatan sebelumnya pada Februari pada 6.8%.

Terdahulu, RBA telah menetapkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi pada awal bulan ini, mengatakan inflasi sudah mencapai kemuncaknya.

Dengan bacaan terbaru data ini, pelabur meletakkan jangkaan bahawa bank pusat itu akan terus berpegang kepada pendirian dasar semasa pada mesyuarat yang akan berlangsung minggu depan.

Reaksi mata wang menunjukkan dolar Aussie merosot ke paras terendah 6 minggu, selain turut ditekan oleh dagangan US dolar yang lebih kuat di tengah-tengah sentimen pasaran yang berisiko.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat