“Wow menarik pembaharuan Twitter ni, mesti ramai pengguna dah tak sabar nak guna.”
Akhirnya setelah sekian lama, platform media sosial Twitter berjaya membangunkan ciri baharu yang membenarkan para pengguna memberi “Awards” antara satu sama lain menggunakan “Coins”.
Diperjelaskan lebih terperinci, Coins tersebut boleh dibeli menggunakan mata wang fiat melalui Stripe yang merupakan platform penyedia perkhidmatan pembayaran.
Walaupun Coins tidak tersedia pada blockchain, Stripe mungkin akan membolehkan pembayaran dengan mata wang kripto pada masa hadapan agar kebanyakan individu lebih tertarik untuk mengaplikasikan pembaharuan tersebut.
Sementara itu, pengguna yang menerima Awards Twitter harus memperoleh sekurang-kurangnya $50 jika berhasrat untuk menebusnya.
Namun perlu diingatkan bahawa pengguna tidak seharusnya menganggap Coins Twitter adalah kripto yang mampu memberi sejumlah keuntungan, tegas Wong, Penyelidik Keselamatan Hong Kong.
Mengulas pula daripada Owji, pembangun dan penyelidik aplikasi Nima turut berpandangan bahawa Coins mahupun Awards sama sekali tidak akan terbabit dengan aset digital, tetapi jika Twitter ingin berbuat demikian maka ia mungkin akan terlaksana.
Tambahnya lagi, Twitter barangkali akan menambahkannya pada kod sekiranya platform tersebut merancang untuk sertakan kripto.
Dalam pada itu, Wong juga menyebut bahawa Awards Twitter akan wujudkan reaksi seperti “Mind Blown”, “Bravo”, “Bullseye”, “Gem” dan “Crown” yang memerlukan pengguna membelinya melalui Coins.