Dolar Amerika mula memaparkan pergerakan tidak menentu menjelang penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi nanti (jam 2.00 pagi waktu Malaysia).
Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama, diniagakan pada sekitar harga 103.06.
Mata wang gergasi itu pada mulanya cuba untuk meningkat, namun dibataskan oleh kewaspadaan pelabur yang menantikan minit FOMC.
Minit itu dijangka akan memberi pelabur lebih banyak pandangan tentang perdebatan mengenai hala tuju dasar Federal Reserve (Fed) akan datang.
Sementara itu, mata wang euro diperdagangkan stabil susulan terbitan bacaan akhir PMI Zon Eropah yang tidak menunjukkan banyak perubahan daripada anggaran sebelumnya.
Mata wang pound pula sedikit berubah di tengah-tengah ketiadaan pemangkin utama dari UK, menyaksikannya kekal berlegar pada sekitar harga 1.2700 berbanding greenback.
Dalam pada itu, yen sedikit meningkat tetapi kekal didagangkan pada paras terendah berbanding US dolar ketika pasaran memberi perhatian kepada potensi risiko campur tangan oleh pihak berkuasa Jepun terhadap nilai semasa yen.
Di Asia pula, dolar Aussie gagal mengekalkan pengukuhan selepas terkesan oleh data perkhidmatan China yang menyuramkan pada bulan Jun.
Namun, dolar New Zealand kekal didagangkan lebih tinggi walaupun harga sudah berhenti membuat kenaikan.
Selain itu, dolar Kanada pula susut rendah berbanding greenback ketika pelabur menantikan mesyuarat OPEC mengenai perjanjian pengeluaran minyak bulanan mereka.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.