US dolar didagangkan sedikit berubah pada hari Jumaat dengan tumpuan pelabur kini beralih kepada penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.
Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan berlegar pada sekitar harga 101.92 berbanding mata wang utama.
Pasaran mata wang tampaknya tidak mempamerkan perubahan ketara susulan terbitan data tuntutan faedah pengangguran AS pada sesi terdahulu.
Jumlah tuntutan meningkat melebihi jangkaan pada minggu lalu dengan kenaikan 228,000 berbanding 200,000 yang diramalkan.
Sementara bacaan minggu sebelumnya menunjukkan angka yang dikemaskini meningkat lebih jauh daripada dicatatkan pada awalnya sebanyak 246,000 daripada 198,000.
Ini secara tidak langsung memburukkan lagi gambaran untuk bacaan NFP pada malam ini, lebih-lebih lagi setelah diperlihatkan dengan beberapa data ekonomi lain yang suram terutamanya laporan pekerjaan ADP.
Ekoran daripada itu, pelabur kini lebih berhati-hati meletakkan posisi, ditambah pula dengan penutupan bank-bank di kebanyakan negara sempena cuti Good Friday. Justeru, pergerakan pasaran agak perlahan hari ini.
Mata wang euro dan pound masing-masing didagangkan stabil, masih mengekalkan kebanyakan untung sebelum ini walaupun sedikit merosot berbanding USD.
Sementara dolar Aussie dan New Zealand susut lebih rendah dengan mempamerkan pergerakan yang perlahan pada sesi Asia.
Dolar loonie pula didagangkan mendatar, gagal memberi reaksi ketara susulan pengeluaran data pekerjaan Kanada yang lebih kukuh daripada dijangkakan.
Selain itu, mata wang yen didagangkan sedikit susut tetapi secara umumnya masih didagangkan lebih tinggi berbanding greenback susulan kelemahan dalam hasil bon AS 10 tahun.
Walaupun cuti di kebanyakan negara, tetapi pelabur tetap perlu berhati-hati dengan risiko menjelang terbitan data NFP AS malam ini.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.