Laporan Perkejaan ADP Semakin Lemah, Adakah Ini Petanda Ekonomi A.S Semakin Lembap?

497

Pengambilan pekerja sektor swasta berkurangan pada bulan Mac,menunjukkan satu lagi tanda berpotensi bahawa pertumbuhan ekonomi A.S. menuju ke arah kelembapan atau kemelesetan yang mendadak berdasarkan laporan ADP pada hari ini.

Jumlah gaji syarikat naik hanya 145,000 untuk bulan itu, turun daripada 261,000 yang disemak naik pada Februari dan di bawah anggaran Dow Jones untuk 210,000.

Hal ini menjadikan pengambilan pekerja suku pertama kepada purata hanya 175,000 pekerjaan sebulan, turun daripada 216,000 pada suku keempat dan pengurangan mendadak daripada purata 397,000 pada suku pertama 2022.

“Data gaji bulan Mac kami adalah salah satu daripada beberapa isyarat bahawa ekonomi semakin perlahan,” kata ketua ekonomi ADP, Nela Richardson. ” Para majikan mula mengurangkan pengambilan pekerja berbanding tahun lalu”.

Gaji tahunan meningkat pada kadar 6.9% pada bulan Mac, turun daripada 7.2% pada bulan Februari, berdasarkan pengiraan firma.

Pertumbuhan pekerjaan hampir sama rata antara perkhidmatan dan firma pengeluar barangan, satu perkara jarang berlaku. Ekonomi A.S. sangat berorientasikan perkhidmatan, jadi sektor itu secara amnya menghasilkan pertambahan pengambilan pekerja yang lebih kukuh. Data yang dikeluarkan pada hari Rabu menunjukkan pertambahan sebanyak 75,000 dalam perkhidmatan dan 70,000 dalam pengeluar barangan.

Pada bulan lalu, industri kewangan kehilangan 51,000 pekerjaan dan perkhidmatan profesional dan perniagaan turun sebanyak 46,000. Pembuatan juga menyaksikan penurunan sebanyak 30,000.

Laporan ADP berfungsi sebagai pendahulu kepada laporan NFP daripada Jabatan Buruh. Walaupun ADP boleh berfungsi sebagai penunjuk arah aliran pekerjaan yang lebih luas, kedua-dua nombor boleh berbeza dengan ketara.

Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Dow Jones menjangkakan laporan Jumaat akan menunjukkan pertumbuhan gaji sebanyak 238,000 pada bulan Mac dan kadar pengangguran memegang pada 3.6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat