“Pantas betul kripto ni naik, nak dekat paras $1 dah.”
Susulan daripada perkembangan Bitcoin (BTC) non-fungible token (NFT) melalui protokol Ordinal, harga mata wang kripto Stacks (STX) berjaya menggunung sebanyak 160% melepasi paras $0.83 dalam tempoh tujuh hari lalu dan 180% pada bulan lepas.
STX adalah blockchain layer-1 yang mengaplikasikan algoritma konsensus Proof-of-Transfer (PoX), di mana pengguna dapat mengesah transaksi dengan memegang dan staking BTC seterusnya mereka boleh mining blok STX serta memperoleh tokennya sebagai ganjaran setelah BTC dipindahkan.
Menerusi ramalan platform perkhidmatan kewangan Matrixport, STX berpotensi melonjak lebih tinggi dalam masa terdekat ini ekoran sejak kebelakangan ini bilangan ordinal yang baru mint semakin meningkat.
Sementara rangkaian STX yang membenarkan penggunanya berdagang ordinal di pasaran Gamma adalah antara satu sebab utama harga aset digital tersebut meningkat.
Secara konteks, pasaran Gamma adalah lokasi penawaran NFT BTC dan platform sosial menyatukan pengumpul termasuk pencipta seni yang memiliki beberapa koleksi, antaranya ialah BNS: Bitcoin Name System, Megapont Ape Club, Satoshibles, Bitcoin Birds serta Bitcoin Monkeys.
Protokol Ordinal yang dibina atas rangkaian BTC untuk membenarkan pembangun mencipta dan menyimpan artifak digital secara langsung pada blockchain aset digital itu telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan komuniti kipto.
Ulas pula daripada syarikat pelaburan kripto Singapura, ordinal berupaya menjadikan STX sebagai kripto berbilion dolar pada masa hadapan.