Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
SELASA (27 Februari 2024):
Data Keyakinan Pengguna AS (11.00 Malam) – Bakal mempengaruhi pergerakan US dolar, tinjauan terhadap isi rumah ini akan diperhatikan yang boleh beri gambaran untuk perbelanjaan dan aktiviti ekonomi. Namun, ramalan angka untuk bacaan terbaru dijangka tidak banyak berubah.
RABU (28 Februari 2024):
Data Inflasi Australia (8.30 Pagi) – Kadar inflasi terbaru di Australia untuk Januari diramalkan sedikit meningkat kepada 3.6% selepas bacaan susut pada bulan sebelumnya ke paras 3.4%. Ini akan mempengaruhi keputusan bank pusat Australia untuk dasar monetari mereka.
Mesyuarat Polisi RBNZ (9.00 Pagi) – Bank pusat New Zealand dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 5.50% selepas kali terakhir kadar dinaikkan ke paras tersebut sejak Mei tahun lalu. Kenyataan susulan oleh bank pusat akan pengaruhi arah pergerakan dolar New Zealand.
Data KDNK AS (9.30 Pagi) – Terbitan kedua untuk pertumbuhan ekonomi Amerika untuk suku terakhir 2023 akan diperhatikan pasaran. Ramalan angka tidak berubah seperti pada bacaan awal iaitu 3.3%.
KHAMIS (29 Februari 2024):
Data Indeks Harga PCE AS (9.30 Malam) – Data ini bakal menjadi tumpuan utama pasaran pada minggu ini sebagai sebahagian daripada komponen inflasi. Angka yang diramalkan adalah meningkat daripada 0.2% kepada 0.4% untuk Januari.
JUMAAT (1 Mac 2024):
Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (11.00 Malam) – Tinjauan untuk sektor pembuatan di Amerika menjadi salah satu indikator yang boleh mengukur kesihatan semasa ekonomi. Bacaan terbaru diramal meningkat namun kekal di bawah paras 50.0 mata.