Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
ISNIN (1 April 2024):
PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (10.00 Malam) – Pasaran akan menilai kesihatan semasa ekonomi Amerika untuk bulan Mac menerusi tinjauan pada sektor utama ini. Bacaan angka terbaru diramal meningkat, namun masih kekal di di bawah paras 50 mata.
SELASA (2 April 2024):
Data Pekerjaan JOLTS (10.00 Malam) – Sektor buruh menjadi indikator penting kepada bank pusat Federal Reserve (Fed) untuk penetapan dasar monetari mereka selanjutnya. Namun jumlah pekerjaan yang ditawarkan pada Mac dijangka lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.
RABU (3 April 2024):
Data Pekerjaan ADP AS (8.15 Malam) – Menjadi petunjuk awal untuk bacaan pekerjaan NFP, laporan yang mengukur pekerjaan swasta ini akan diperhatikan terlebih dahulu. Peningkatan pada angka yang diterbitkan akan memberi isyarat positif.
PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (10.00 Malam) – Tinjauan sektor bukan pembuatan di Amerika dijangka akan kekal di atas paras stabil. Perubahan ketara pada angka bacaan boleh memberi impak terhadap pergerakan mata wang.
KHAMIS (4 April 2024):
Data Tuntutan Faedah Pengangguran AS (10.00 Malam) – Menjadi salah satu komponen data buruh, tuntutan faedah secara mingguan ini dinilai dengan bacaan semasa masih kekal di sekitar paras 200,000.
JUMAAT (5 April 2024):
Data Pekerjaan Kanada (8.30 Malam) – Selepas laporan cemerlang pada Februari, bacaan data pekerjaan terbaru Kanada untuk bulan Mac diramalkan sedikit perlahan. Pertambahan pekerjaan dijangka lemah sedikit berbanding sebelumnya dan kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 5.9%.
Data Pekerjaan NFP AS (8.30 Malam) – Menjadi data tumpuan utama pada minggu ini, petunjuk penting untuk langkah penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve akan diketahui menerusi bacaan laporan pekerjaan ini. Laporan yang merosot untuk Mac akan beri isyarat untuk bank pusat beralih kepada pelonggaran dasar dan membuatkan nilai US dolar jatuh.