Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan semua ahli yang berusia 100 tahun ke atas agar segera menuntut baki simpanan mereka sebelum 31 Mac 2025.
Bagi simpanan yang tidak dituntut sebelum tempoh tersebut berakhir, akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Menurut KWSP, ahli atau waris yang belum membuat pengeluaran simpanan sepenuhnya perlu segera mengemukakan tuntutan.
Langkah ini penting bagi mengelakkan mereka kehilangan akses kepada wang simpanan selepas tarikh akhir tersebut.
Penyemakan baki duit yang belum dituntut boleh disemak oleh ahli atau waris dengan hanya menggunakan nombor MyKad atau nombor keahlian KWSP.
Untuk maklumat lanjut, KWSP menasihati ahli dan waris agar melayari laman web rasmi KWSP atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat.
Peringatan ini adalah sebahagian daripada usaha KWSP untuk memastikan ahli dapat memanfaatkan simpanan persaraan mereka sepenuhnya.