Penutup dagangan minggu lalu yang menggembirakan hati para pelabur emas apabila berlaku lonjakan harga yang agak ketara untuk logam berharga tersebut.
Ketika prestasi US dolar yang suram minggu lalu, emas manfaatkan ruang untuk mencari paras harga yang terbaik namun, pelabur perlu kekal waspada.
Walaupun US dolar alami kerugian mingguan pertama untuk tahun ini, namun faktor penangguhan langkah penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) boleh menyokong US dolar untuk terus bergerak kukuh.
Justeru, walaupun emas berjaya paparkan lonjakan, namun harga berisiko untuk alami kejatuhan pada bila-bila masa.
Memerhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD pada Jumaat lalu, harga pada mulanya paparkan penurunan mencecah sekitar 2016.00, namun lonjakan ketara dipaparkan pada sesi New York.
Harga membuat kenaikan melepasi zon penting pada 2030.00 sehingga mencapai ketinggian sekitar 2041.00 di penghujung sesi.
Harga yang dibuka sedikit rendah pada pembukaan awal minggu ini menyaksikan pergerakan perlahan berlegar di atas zon 2030.00 masih memberi isyarat untuk pergerakan bullish berikutan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika kenaikan harga mampu diteruskan mengatasi paras minggu lalu, sasaran adalah untuk mencapai 2050.00 dan menguji paras tumpuan itu.
Sementara, sekiranya harga kembali bergerak susut di bawah zon 2030.00, penurunan harga bakal dijangkakan akan berlaku semula.
Melepasi paras yang dicecah pada Jumaat lalu, harga akan terdorong untuk menuju ke zon penting pada 2000.00.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG