Pelabur emas kekal optimis untuk prestasi cemerlang dipaparkan logam kuning itu pada minggu ini dengan lonjakan harga di pembukaan dagangan April.
Emas berjaya memecah rekod harga tertinggi terbaru lagi di sesi Asia semalam ketika mencapai paras $2,265 sebelum berundur semula pada sesi berikutnya.
Itu menjadikan paras tertinggi sepanjang masa buat emas selepas mengatasi paras yang dicatatkan pada minggu lalu.
Situasi pengukuhan US dolar di sesi New York semalam dilihat turut memberi kesan penurunan harga emas namun, harga pulih semula sehingga menyambung ke dagangan hari ini (Selasa).
Pelabur meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Setelah memulakan dagangan pembukaan awal minggu semalam sekitar paras 2240.00, kenaikan harga diteruskan mencapai paras tertinggi 2265.00.
Kemudian harga kembali papar penurunan semula hingga mencecah sekitar 2230.00 ketika US dolar mula mengukuh di sesi New York.
Namun menuju penutup sesi tersebut, harga emas melantun sedikit untuk menutup dagangan sekitar 2250.00.
Pergerakan harga perlahan hari ini dari sesi Asia bersambung ke sesi Eropah sementara pelabur nantikan petunjuk-petunjuk terbaru dalam pasaran yang boleh mempengaruhi harga emas.
Pelabur masih optimis untuk emas catatkan paras ketinggian baru mengatasi paras semalam dan terus memburu rekod tertinggi yang baru.
Sasaran boleh mencapai sehingga ke sekitar 2300.00 atau lebih tinggi lagi.
Sementara, jika berlaku penurunan harga pula, paras yang perlu diperhatikan adalah pada 2220.00 yang menjadi tumpuan pada minggu sebelum ini.
Penurunan lebih rendah akan mula memaparkan isyarat untuk perubahan kepada trend bullish buat emas sebelum harga susut di bawah paras 2200.00 pula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG