Harapan pelabur untuk melihat harga emas memuncak semula nampaknya mengendur semula apabila dagangan logam kuning itu menyusut semula pada Selasa semalam.
Ini disebabkan pemulihan US dolar setelah merosot di awal minggu ketika pasaran memberi reaksi terhadap data tinjauan ISM sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan dengan angka yang menguncup.
Pengukuhan US dolar di sesi Eropah semalam tidak berjaya diteruskan pada sesi berikutnya berikutan data pekerjaan JOLTS catat penurunan ke paras terendah sejak Februari 2021.
Justeru, US dolar yang berisiko untuk terus melemah dilihat mengekang kejatuhan lanjut harga emas buat ketika ini.
Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat kekal mendatar sejak minggu lalu dengan paras 2320.00 diuji di awal minggu ini sebagai paras sokongan.
Pergerakan turun naik harga di sekeliling garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menyukarkan pelabur untuk menentukan arah yang lebih jelas.
Petunjuk seterusnya akan dinilai pada bacaan data pekerjaan NFP AS di penghujung minggu nanti yang akan turut mempengaruhi keputusan dasar monetari Federal Reserve (Fed).
Sekiranya harga berjaya melonjak semula membuat kenaikan, melepasi paras dagangan minggu lalu seterusnya akan menjangkakan harga menuju zon tumpuan pada 2370.00.
Seterusnya kenaikan harga emas jika diteruskan dijangka akan mencapai semula ke paras ketinggian sekitar 2430.00.
Sebaliknya jika harga emas merudum jatuh lebih rendah, jangkaan adalah paras sokongan pada 2300.00 yang bakal diuji.
Jika paras tersebut juga ditembusi, sasaran penurunan harga akan beralih ke sekitar 2270.00 pula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG